Jumaat, 4 April 2008

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING) KE IPG KAMPUS TAWAU, SABAH

Dailog IPGKKB dan IPGKTS.
Unit Pensiangan Salinatan IPGKKB  telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke IPG Tawau, Sabah. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat perlaksanaan Pensiangan Salinatan di IPG Kampus Tawau. Kami telah disambut oleh En. Maziana selaku pegawai pengiring. Program yang dilangsungkan ialah Dialong antara Unit Pedagogi Peribumi IPGTAWAU dan IPGKKB.



                         Setelah bertukar-tukar fikiran  dan idea, kami telah dibawa melawat ke Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum. Kami diberi taklimat olehguru besar dan GPK mengenai perkembangan sekolah berkenaa. Keesokan harinya kami ke sekolah angkat IPGTdi Ladang Merotai Kecil. Sekolah Kebangsaan Merotai kecil terletak di kawasan ladang kelapa sawit.


Sekolah Kebangsaan Bum-Bum, Sempornna, Sabah. Sekolah ini menjadi pusat bagi sekolah-sekolah di pulau kecil di perairan Sabah.
Menaiki bot dari Pekan Semporna menuju ke Pulau Bum-Bum




Hajjah wajawati.

Pesta lepa-lepa.








Pesta Lepa-Lepa.

        Program untuk ke Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum pada mulanya hampir dibatalkan kerana pada masa yang sama, pesta Lepa diadakan di Semporna.  "Jem cik". Pemandu Bas kata, tapi dah niat, kena pergi juga."Lepa" tu bermaksud bot/perahu dalam bahasa Bajau. Semua perahu dihias dengan pelbagai perhiasan , pertandingan lawan cantik.
Sepanjang 3 hari pesta ini berlangsung, pelbagai aktiviti dijalankan, pertandingan pelamin tercantik pun ada dan acara kemuncak ialah bot/perahu itu sendiri, perahu dihias dengan cantik dan pertandingan perahu/bot tercantik turut diadakan untuk kampung-kampung. 














Bersama warga SK Merotai kecil.


Selamat datang ke SKMK. 
Kalau di Kelantan, SKMK syarikat bas.







Selamat datang 
ke Sekolah kebangsaan Merotai Kecil.

Sekolah Kebangsaan Merotai Kecil, Tawau terletak di dalam ladang di pedalaman Tawau. SKMK dibina sejak zaman penjajah British lagi. Pada awalnya sekolah ini dibina oleh pemilik ladang bagi keperluan pendidikan anak-anak  pekerja ladang. Kurikulum yang digunakan hanya yang berkaitan dengan keperluan semasa.

         Sekolah ini diserahkan kepada Jabatan pendidikan Sabah setelah penubuhan malaaysia pada tahun 1965. Menurut penduduk kampung ini, terdapat penduduk keturunan Iban di dalam perkampungan ini. Mereka melarikan diri ke Tawau sewaktu zaman berlaku peperangan antara puak di Sarawak pada zaman dahulu.