Selasa, 1 Julai 2008

KEMPEN BADOI KE SEKOLAH DI TAMAN NEGARA KUALA KOH.

JAKOA BERSAMA  MASYARAKAT ASLI KUALA KOH


                   En. Ismail Jaafar ( kini Arwah; Al Fatihah untuk sifu saya) mengajak saya dan  En. Ruziman menghadiri program motivasi bersama masyarakat asli di Taman Negara Kuala Koh.  Motif utama adalah untuk mengajak kanak-kanak Asli Bateq menghadiri kelas, bersekolah di Sekolah kebangsaan Pasir Linggi. Alhamdulillah, tempat program berlangsung benar-benar menyuntik jiwa untuk terus membantu masyarakat ini hingga berjaya. Mereka adalah saudara seagamaku, namun.. Pegawai Pendidikan JAKOA En. Ramli Abd  Aziz  memberi kami peluang berinteraksi dengan masyarakat Bateq. Rumah mereka masih benar-benar asli, tak ada rumah batu atau rumah kayu.



Lokasi> Lebih kurang i km sebelum Taman Negara Kuala Koh.


Rumah sementara di jalan masuk Taman Negara


Jalan terus tu menuju Taman Negara Kuala Koh

Ladang sawit Aring.

Penempatan suku Bateq pada  Mac 2008.


En. Ramli membuka bicara

mendengar dan memerhati dari dalam rumah

...." encik sanggup ke hantar anak unur 6 tahun tinggal di asrama, cikgu bukan boleh jaga anak saya, macam saya jaga...." Luahan ibu di dalam bangsal ini.

Anak-anak Bateq rapat dengan ibu bapa

Hantarlah anak-anak ke sekolah.
Semua kerajaan tanggung


....."hutan semakin sempit, kita kena ajar anak kita mencari kehidupan dengan berbekalkan ilmu..." En.  Ramli.

...."Budak Melayu nakal, dia selalu usik anak-anak saya...."

anak-anak.. siapa patut membelamu?


Kesian encik. Anak kecik lagi dah duduk jauh-jauh dari mek.
"kalau anak encik macamana? 
Kecik-kecik kena hantar jauh, sakit demam cikgu bagi ubat aje,bukan cikgu nak jaga, anak murid ramai". Luahan ibu di Pos Kuala Koh.


anak dan bapa. Khusuk mendengar taklimat

......"saya dan kawan-kawan pernah kerja di Pulau Pinang, tapi kena tipu, rehat sikit kena marah..."


mendengar dengan penuh minat.. demi masa depan anak-anak





Orang 'kuat' media JHEOA Kelantan




perkampungan kuala koh















Duduk atas 'sofa' asli.  Selesaa tau

En. Ismail mengajak ibu bapa menghantar anak ke sekolah





Yang depan tu En. Ruziman.


Merenung jauh masa hadapan anak cucu




Tu Hilux bukan JAKOA punya.

Senyum sokmo. Ceria hari-hari

Hampir 40 orang kanak-kanak yang berada diperkampungan ini tidak hadir ke sekolah.
Antara alasannya ialah; jauh dari kampung, jauh daripada ibu bapa,
....cikgu pun bukan ajar sangat anak-anak kita...
(satu pernyataan yang amat pahit buat kami warga guru),


Kalau saya ke sekolah, siapa nak 'jaga' emak?

Pernah bersekolah.


"Mengapa kerajaan tidak boleh buat sekolah di sini?"



Betu ke gambar ni cik Asri, atau ...








cik Ruziman membahagi-bahagikan buah tangan dari IPG







Gambar ehsan En Asri JAKOA. Terima kasih