Lawatan Pasca
Banjir dan Bekalan Air Bersih ke Pos Pasir Linggi
1.
Latar belakang
Program ini merupakan lawatan kerja 4
orang pensyarah Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Zon Timur IPG Kampus Kota
Bharu atas jemputan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Penyertaan ke program ini
adalah bertujuan menzahirkan sokongan moral kepada murid, guru dan ibu bapa di
Sekolah kebangsaan Pasir Linggi yang selama ini menjadi sekolah angkat IPGKKB
dalam pelbagai program. Program ini merupakan program penyerahan air
bersih oleh pasukan penyelidik dari Universiti Malaya.
2.
Pelaksanaan Program
Tarikh: 2 Februari 2015
Tempat: Sekolah Kebangsaan Pos Pasir Linggi, Gua
Musang.
3.
Objektif.
· Berkongsi
keresahan dan kesedihan bersama mangsa banjir
· Memberi
motivasi kepada guru dan murid Sekolah Pasir Linggi yang terjejas teruk akibat
banjir besar
· Memberi
khidmat nasihat mengenai kebersihan dan kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid dan penduduk Pasir Linggi.
·
Meningkatkan
kualiti keperibadian dan profesionalisme
pensyarah.
4.
Ahli Jawatankuasa
Penaung
: Hj. Hashim bin Deraman
(Pengarah IPG Kampus Kota Bharu)
Pengerusi : Dr. Abdullah bin Yusoff
(Timbalan Pengarah IPG KKB)
Tim. Pengerusi : Pn. Zaleha bt. Mohd Noor
(KJ Pengajian Melayu)
Penyelaras : Tn. Hj Rusli bin Mahmood
Ahli :
Haji Rosely bin Mustapha
:
Haji Mohammad Shamsudin bin jamiran
:
En Noranuwar bin Hamat
5.
Status Pelaksanaan dan Pencapaian .
Program
berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Pensyarah dapat
berbincang dan berkomunikasi dengan murid, guru dan ibu bapa di perkampungan
berkenaan.
6.
Cadangan Penambahbaikan
Satu unit yang
bertanggung jawab kepada bencana alam perlu diwujudkan oleh IPGM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan