Cikgu Marzuke menunjukan demotrasi permainan kepada para pengunjung. Murid lebih berkeyakina dalam kelas memalui pelaksanaan KAP.
Apakah Kurikulum Asli dan Penan
Pelaksanaan KAP mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat pendidikan. Ada yang mengatakan KAP adalah satu program yang menbawa murid Asli undur ke belakang dan sebagainya.
KAP digubal berasaskan pelbagai pertimbangan
• Kadar keciciran dan ketidakhadiran murid orang Asli dan Penan yang t tinggi.
• Peguasaan sangat minimum kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
• Motivasi yang rendah untuk hadir ke sekolah
• Kurang penekanan terhadap kepentingan pendidikan
• Kurikulum dan kaedah pengajaran dan pembelajara kurang mengambil kira keperluan khusus murid orang Asli dan Penan.
• Cepat lupa akan apa yang dipelajari .
Matlamat dan Objektif KAP
Kurikulum Asli Penan bertujuan untuk melahirkan murid orang Asli dan Penan yang berpengetahuan, berkemahiran, berakhlak mulia, mencintai alam persekolahan dan sosiobudaya mereka serta dapat menyesuaikan diri dengan sosiobudaya negara ini.
Objektif KAP membolehkan murid:
1. Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
2. Berminat hadir ke sekolah,
3. Mempraktikkan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan,
4. Berinteraksi dengan masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk melahirkan perpaduan dan keharmonian,
5. Bersikap positif,
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,
7. Memahami sosiobudaya setempat dan negara.
Ihsan daripada Kak Ramlah, Mantan Pensyarah IPGTAA
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan